China, Britain Setuju Lonjak Hubungan

2018-04-20 12:47:46  CRI
Share with:

China dan Britain patut terus mempererat kerjasama antarabangsa untuk menyumbang kepada pembentukan huhungan anarabangsa model baharu dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping ketika menghubungi Perdana Menteri Britain, Theresa May melalui telefon semalam.

Xi menyatakan bahawa konsensus penting untuk membuka "era keemasan" hubungan bilateral telah dicapai hasil lawatan May ke China awal tahun ini. 

Kedua-dua pihak bersepakat melonjakkan ikatan ke tahap lebih tinggi.

May pula menyatakan Britain menilai tinggi langkah China untuk memperluas keterbukaan yang diumumkan dalam Forum Asia Boao 2018, serta mengalu-alukan program kesalinghubungan bursa London-Shanghai yang bakal dilancarkan. 

Britain bersedia bersama-sama China terus membincangkan pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R), di samping aktif menggalakkan "era keemasan" hubungan bilateral.

Situasi semasa di Syria dan isu perdagangan antarabangsa turut dibangkitkan dalam perbincangan dua pemimpin itu.

Xi menegaskan China sentiasa menentang penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. 

China berpegang kepada pendirian bahawa kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara patut dihormati, dan semua tindakan perlu diambil berdasarkan peraturan yang diterima oleh masyarakat antarabangsa. 

Langkah perlu diambil untuk meredakan situasi di Syria secepat mungkin bagi mengelak konflik terus meruncing.

Tambah beliau, China bersedia bergabung tenaga dengan semua pihak termasuk Britain untuk terus menyokong perdagangan bebas, menjaga sistem perdagangan multilateral dan membangunkan ekonomi dunia yang terbuka.

张弘