Xi, Erdogan Berbincang Menerusi Telefon

2018-04-20 14:18:25  CRI
Share with:
Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbincangan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan melalui telefon semalam.

Xi menyatakan bahawa Turki memainkan peranan istimewa dalam isu-isu penting antarabangsa dan serantau.

China dan Turki patut mengekalkan komunikasi dan penyelarasan rapat mengenai isu-isu dalam pelbagai rangka multilateral seperti PBB dan Kumpulan 20 (G20), untuk menyumbang kepada pembentukan hubungan antarabangsa model baharu dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Erdogan pula menyatakan bahawa Turki bersedia meningkatkan hubungan dengan China di semua peringkat, menyokong dan secara aktif menyertai pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R), di samping merancakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, tenaga, infrastruktur dan pelancongan.

Pemimpin kedua-dua negara juga bertukar-tukar pandangan mengenai situasi semasa di Syria.

Xi menegaskan semua pihak terlibat harus bertindak dalam rangka undang-undang antarabangsa, mematuhi Piagam PBB, serta menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah setiap negara.
张弘