WTO: Kerjasama Global Penting

2018-04-22 15:13:51  CRI
Share with:

Pelbagai entiti ekonomi utama di dunia digesa mengintensifkan kerjasama dalam rangka Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bagi meredakan ketegangan perdagangan pada masa ini.

Gesaan demikian dibuat oleh Ketua Pengarah WTO, Roberto Azevedo menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Azevedo menyatakan bahawa kerjasama sejagat yang lebih kukuh amat penting untuk mengelakkan pergeseran perdagangan daripada bertambah buruk, selain memberi sokongan bagi pertumbuhan ekonomi global dan penciptaan peluang pekerjaan.

Tambah beliau, faktor ketidaktentuan bagi ekonomi global akan bertambah banyak sekiranya pergeseran perdagangan yang berlaku ketika ini terus meruncing.

周乔西