Sidang Kemuncak Pembangunan China Digital Dirasmikan

2018-04-22 16:03:59  CRI
Share with:
Presiden China, Xi Jinping mengutuskan ucapan tahniah sempena perasmian Sidang Kemuncak Pembangunan China Digital pertama di bandar Fuzhou hari ini.

Beliau berkata, teknologi maklumat kini berkembang dengan pesat. Pembangunan yang berorientasikan teknologi digital, siber dan pintar memainkan peranan yang semakin penting dalam menerajui pertumbuhan ekonomi dan memenuhi keperluan kehidupan rakyat.

Tegas beliau, usaha mempercepat pembangunan China digital perlu dilakukan berdasarkan keadaan semasa negara serta konsep pembangunan baharu dengan memanfaatkan teknologi maklumat sebagai pemacu pembangunan baharu.

Sidang Kemuncak Pembangunan China Digital pertama dihadiri 800 peserta antaranya pegawai kerajaan, sarjana dan wakil-wakil daripada pelbagai sektor.
张哲