Pelan Induk Pembangunan Xiong'an Diluluskan

2018-04-22 16:05:54  CRI
Share with:
Pelan induk pembangunan Daerah Baharu Xiong'an di provinsi Hebei diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Dewan Negara baru-baru ini.

Pelan tersebut menyasarkan Daerah Baharu Xiong'an dibangunkan menjadi sebuah bandar moden yang bertaraf tinggi.

Pelan induk itu terbahagi kepada sepuluh bab, iaitu sasaran umum, pembentukan susun atur secara saintifik, imej bandar era baharu, ekologi mesra alam, industri berteknologi tinggi, perkhidmatan awam berkualiti, jaringan pengangkutan efisien, bandar pintar baharu yang hijau, sistem keselamatan bandar yang moden serta jaminan pelaksanaan pelan yang teratur dan berkesan.

Pelan itu akan menjadi garis panduan asas bagi perancangan dan pembangunan Daerah Baharu Xiong'an.
 
张哲