Pelancong China ke Vietnam Terus Meningkat

2018-04-22 15:46:37  CRI
Share with:

Jumlah pelancong China ke Vietnam dijangka melebihi 5 juta sepanjang tahun ini. 

Pada tahun lepas, angka ini telah melebihi 4 juta, meningkat 48.8% berbanding dengan tahun sebelumnya.

Demikian dimaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara Vietnam, Nuyen Van Tuan ketika menghadiri majlis promosi pelancongan Vietnam di Beijing pada 20 April lalu.

Nuyen Van Tuan berkata, negaranya amat mengalu-alukan kedatangan para pelancong China. Beliau berharap, melalui aktiviti promosi kali ini, semakin ramai pelancong China akan mengunjungi Vietnam yang kaya dengan sumber pelancongan.

Nguyen Truong Son, wakil dari Kedutaan Besar Vietnam di China pula berkata, pihaknya akan mengambil pelbagai langkah untuk memudahkan pelancong China yang berkunjung ke Vietnam.

周乔西