Hasil Pembangunan Pasca Gempa Memberangsangkan

2018-05-12 15:17:28  CRI
Share with:
Persidangan antarabangsa bagi memperingati ulang tahun ke-10 gempa bumi Wenchuan diadakan di Chengdu, provinsi Sichuan hari ini, serentak dengan Persidangan Antarabangsa Gempa Bumi Benua ke-4.

Presiden China, Xi Jinping dalam surat kepada persidangan itu berkata pembangunan pasca gempa di Wenchuan mencapai hasil yang memberangsangkan, sekali gus menyediakan pengalaman kepada masyarakat antarabangsa. 

Xi berkata, usaha menangani dan mengurangkan bencana topik abadi dalam kehidupan dan pembangunan manusia. 

Kerajaan China komited meningkatkan kemampuan secara holistik dalam menangani bencana dan menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyat. 

Beliau berharap persidangan tersebut dapat memberi sumbangan positif kepada peningkatan kerjasama antarabangsa dalam mengurangkan bencana serta pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
张哲