Mahathir: Terus Galakkan Kerjasama Malaysia-China

2018-05-25 14:29:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_webwxgetmsgimg

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan, kerajaan baharu akan terus menggalakkan dan mengukuhkan kerjasama dengan China.

Beliau menyatakan demikian ketika menerima kunjungan Duta Besar China, Bai Tian di Putrajaya semalam.

Beliau berkata China sentiasa dilihat sebagai sahabat akrab dan rakan kongsi penting bagi Malaysia. Kerajaan baharu akan terus berusaha untuk meningkatkan kerjasama komprehensif dengan China dalam bidang politik, ekonomi dan perdagangan.

Ekonomi China bertumbuh pesat, dan kemajuan yang dicapai dalam bidang infrastruktur terutamanya kereta api adalah cemerlang. Pengalaman serta sains dan teknologi canggih milik China harus dipelajari oleh Malaysia. Beliau mengalu-alukan syarikat China melabur di Malaysia untuk memperkasakan kerjasama dua hala.

Bai Tian mengucapkan tahniah kepada Mahathir yang sekali lagi menyandang jawatan perdana menteri. Beliau menyatakan, Mahathir adalah sahabat lama rakyat China yang dihormati, dan membuat banyak sumbangan kepada hubungan baik kedua-dua negara.

China bersedia berganding bahu dengan kerajaan baharu Malaysia, bersama-sama menggalakkan kerjasama pragmatik yang saling menguntungkan.

Katanya, China menghargai sokongan yang dinyatakan Mahathir baru-baru ini terhadap inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) serta pelaburan dari China. China memandang Malaysia sebagai rakan kongsi penting dalam Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 untuk bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib di rantau Asia.

胡星