Xi: China Mahu Tingkatkan Hubungan dengan Jerman

2018-05-25 11:11:25  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1122883978_15271670959251n

Presiden China, Xi Jinping berkata China bersedia meningkatkan hubungan dengan Jerman ke suatu tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata demikian ketika berunding dengan Canselor Jerman, Angela Merkel di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam.

Xi mengalu-alukan lawatan kali ke-11 Merkel ke China dan menyanjung tinggi keutamaan yang diberikan terhadap hubungan China-Jerman.

Xi berkata, hubungan antara kedua-dua negara berkembang pesat selepas terjalinnya perkongsian strategik segenap dimensi pada 2014, begitu juga kerjasama melonjak ke tahap paling tinggi dalam sejarah. China komited terus menggalakkan hubungan dengan Jerman.

Menurut Xi, China sentiasa menyokong integrasi Eropah dan berharap agar blok itu terus mengekalkan perpaduan, kestabilan, keterbukaan dan kemakmuran.

China komited bersama-sama dengan Eropah memelihara multilateralisme, dan memberikan lebih banyak isyarat yang jelas, boleh diramal dan merangsang keyakinan, kepada masyarakat antarabangsa bagi menggalakkan situasi dunia lebih stabil dan bermanfaat kepada semua pihak.

Merkel pula berkata, China anggota penting masyarakat antarabangsa, juga rakan dagang penting bagi Jerman. Hubungan Jerman-China telah memasuki era baharu.

Pihaknya mahu mengambil peluang yang dibawa keterbukaan China untuk terus mempergiat kerjasama dan pelaburan serta memperluas interaksi sosiobudaya dengan negara ini.

Katanya, Jerman dan China perlu memperkukuh penyelarasan dalam urusan antarabangsa dan merapatkan kerjasama sedia ada. Jerman menyokong hubungan Eropah-China ditingkatkan.

覃淼