Jabatan imigresen Guangzhou, China telah menyediakan dua mesin perkhidmatan layan diri di pejabat imigresen baru-baru ini. Mesin itu dibangunan melalui penyelidikan selama dua tahun sebelum digunakan. Ia menggabungkan fungsi pengambilan gambar, penyerahan maklumat permohonan, pengambilan cap jari dan tandatangan elektronik, pembayaran caj, dan pencetakan resit. Penduduk Guangzhou boleh membuat permohonan dokumen perjalanan menggunakan mesin ini.