Mahathir Rancang Kurangkan Hutang Negara Sebanyak 20%

2018-05-26 14:17:46  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_bd0b82f9ee91acdaab35b242e597fe5e

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya beliau telah menemui cara untuk mengurangkan hutang negara kepada kira-kira RM800 bilion daripada jumlahnya sekarang sebanyak RM1 trilion.

Dalam satu temu bual dengan stesen penyiar Voice of America, Mahathir berkata rancangan itu sedang dibincangkan dengan rakan komponen Pakatan Harapannya yang memerintah.
 
Beliau berkata, kerajaan terdahulu telah mengumpulkan sejumlah besar pinjaman. Perkara pertama yang perlu dilakukan sekarang adalah untuk memastikan pihak berkuasa mampu membayar pinjaman itu dan cuba mengurangkan jumlah prinsipal yang telah dipinjam.
 
Mahathir berkata kerajaannya kini menghadapi isu hutang besar kerana ia telah mewarisi sistem kewangan kerajaan terdahulu yang diketuai Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 
Beliau menambah, apa yang perlu dilakukan adalah memperkenalkan idea-idea baharu bagi mempercepat pertumbuhan dan pembangunan Malaysia.

Sumberi: Malaysiakini
梁靓