ADB: Galak Kesalinghubungan B&R

2018-05-28 11:32:34  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_c5dbc0d6b6e6

Bank Pembangunan Asia (ADB) mengalu-alukan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). Semua pihak diharap bersama-sama meneroka kerjasama lebih luas bagi membolehkan lebih banyak negara menikmati limpahan manfaatnya termasuk produk dan perkhidmatan yang berkaitan.

Demikian dinyatakan oleh Penasihat Kanan Khas Presiden ADB, Ayumi Konishi dalam Sidang Kemuncak Kewangan Masa Depan Global kedua dan Sidang Kemuncak Ahli Perbankan Asia ke-19 di Beijing pada 24 hingga 25 Mei lalu.

Konishi menyatakan Presiden China, Xi Jinping telah menegaskan komitmen China untuk terus meningkatkan keterbukaan ekonomi, di samping menyeru seluruh dunia berbuat serupa. Sementara ADB sejak ditubuhkan 51 tahun lalu telah pun menetapkan visi untuk menggalakkan kerjasama dan integrasi serantau. 

Katanya, B&R menyasarkan kesalinghubungan yang lebih luas dan kemakmuran bersama. Ini telah menyediakan peluang bagi ADB meneroka kerjasama di bawah inisiatif tersebut.

张弘