Xi Ucap Tahniah Simposium Ulang Tahun Marx

2018-05-28 16:30:35  CRI
Share with:

Simposium sempena ulang tahun ke-200 kelahiran Karl Marx anjuran Parti Komunis China (PKC) membuka tirai di Shenzhen, provinsi Guangdong hari ini.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping dalam surat tahniahnya menekankan pengaruh besar doktrin Marx kepada seluruh dunia.

Xi menyatakan PKC terus-menerus membuat inovasi kepada doktrin itu dengan menerapkan ciri-ciri China selaras arus sezaman, di samping mendorong sosialisme bercirikan China memasuki era baharu. 

China bersedia bersama-sama parti dan pertubuhan politik seluruh dunia meningkatkan dialog, interaksi dan kerjasama bagi membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan dan membina dunia yang lebih sejahtera.

Simposium ini bertema "masa depan doktrin Marx dan sosialisme di dunia pada abad ke-21", disertai lebih 100 pemimpin dan wakil 75 parti komunis dari 50 negara.

 

张薇