Lebih 700 Pengedar Dadah Ditahan di Afghanistan

2018-05-28 13:55:14  CRI
Share with:

Lebih 700 pengedar dadah ditahan dalam operasi membanteras dadah yang dilancarkan polis Afghanistan sejak dua bulan lalu.

Maklum pegawai Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, lebih 600 operasi dijalankan di seluruh negara yang membawa kepada rampasan 68 tan dadah, kira-kira satu tan sehari. Beberapa tempat menghasilkan dadah turut ditutup. 

Operasi akan diteruskan, termasuk memusnahkan ladang popi.

Lapor media tempatan, kebanyakan ladang popi adalah di kawasan terpencil yang menjadi sarang kumpulan bersenjata.

Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) dalam laporan terbaru menyatakan bahawa perdagangan dadah adalah sumber pendapatan penting bagi kumpulan bersenjata termasuk Taliban. Keadaan itu menimbulkan ancaman keselamatan kepada seluruh rantau termasuk Afghanistan.  
张哲