AS Digesa Henti Provokasi

2018-05-28 13:52:17  CRI
Share with:

China menggesa AS menghentikan tindakan provokatif yang mencabul kedaulatan dan mengancam keselamatannya.

Gesaan itu dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang susulan tindakan dua kapal perang AS memasuki kawasan perairan Kepulauan Xisha semalam.

Kata jurucakap itu, kapal "Higgins" dan "Antietam" AS memasuki perairan berkenaan tanpa mendapat keizinan kerajaan China, kemudian dihalau keluar oleh tentera laut China selepas diberi amaran.

China menentang keras tindakan AS itu, yang melanggar undang-undang antarabangsa selain menjejaskan kedamaian dan order di perairan tersebut.

张哲