Pelarian Rohingya Pulang ke Kampung Halaman

2018-06-07 15:10:37  CRI
Share with:

Dua agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menandatangani perjanjian dengan kerajaan Myanmar bagi membantu pelarian Rohingya yang terkandas di kem Bangladesh pulang ke kampung halaman.

Demikian maklum jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric semalam.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada hari yang sama mengalu-alukan perjanjian tersebut. Katanya, perjanjian itu akan membolehkan pelarian Rohingya pulang melalui kaedah yang sukarela, selamat, hormat dan boleh diteruskan, di samping membantu mereka diintegrasikan semula dalam masyarakat.

Guterres memuji tindakan kerajaan Myanmar yang membantu penyelesaian konflik di Rakhine. Beliau juga menggalakkan kerajaan Myanmar melaksanakan perjanjian tersebut secepat mungkin.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
高蕾