Talian Minyak China-Myanmar Genap Setahun Operasi

2018-06-08 13:10:52  CRI
Share with:

Semalam genap setahun sejak seksyen talian paip minyak mentah China-Myanmar di China memulakan operasi. Dalam tempoh setahun lalu, sebanyak 8.9 juta tan minyak mentah telah disalurkan ke Ruili, provinsi Yunnan China dari pulau Maday, Myanmar.

Talian tersebut panjangnya 1,420 kilometer dengan output 13 juta tan minyak setahun, beroperasi secara selari dengan talian paip gas asli dan merupakan satu projek contoh dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Pada Julai 2013, operasi talian paip gas asli China-Myanmar dilancarkan, dan setakat ini, lebih 18 bilion meter padu gas asli telah disalurkan menerusi talian itu.

Beroperasinya talian minyak mentah China-Myanmar pada tahun lalu menandakan siapnya pembangunan asas empat saluran tenaga utama di barat daya, barat laut, timur laut dan atas laut di China.

Jika dibandingkan dengan perjalanan melalui Selat Melaka, saluran China-Myanmar memendekkan jarak pengangkutan minyak sebanyak 1,820 batu nautika.

高蕾