Majlis Pecah Tanah Projek Pengairan Pam Sungai Chico di Filipina

2018-06-09 15:42:34  CRI
Share with:

Majlis pecah tanah projek pengairan pam sungai Chico usaha sama China dan Filipina telah diadakan di wilayah Kalinga, Filipina pada 8 Jun lalu.

Jin Yuan, Kaunselor Perdagangan Kedutaan Besar China ke Filipina dalam majlis ini berkata, pembinaan projek tersebut dipercayai akan meningkatkan keluaran hasil pertanian dan sekali gus meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.

Menurut China CAMC Engineering Corporation, selepas siap dibina, projek pengairan pam sungai Chico dapat mengairi ladang pertanian yang seluas 8,700 hektar, dan menawarkan sebanyak 8,700 peluang pekerjaan berkekalan kepada penduduk tempatan.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran lebih 2,500 orang pegawai-pegawai dari wilayah Kalinga dan Cagayan serta wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan serta media China dan Filipina.

周乔西