AS Tambah Sekatan Berkaitan Rusia

2018-06-12 16:00:29  CRI
Share with:

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap lima pertubuhan dan tiga individu yang berkaitan dengan Rusia kerana disyaki terlibat dalam aktiviti berniat jahat dalam internet semalam. Aset pertubuhan dan individu terbabit di AS akan dibeku, dan warga AS dilarang berurus niaga dengan mereka.

Menurut jabatan itu, tiga pertubuhan tersebut disyaki menyediakan bantuan benda dan teknologi kepada jabatan keselamatan Rusia, membantu Rusia meningkatkan keupayaan siber sehingga mengancam keselamatan AS dan negara-negara sekutunya. 

Setiausaha Perbendaharaan, Steven Terner Mnuchin berkata, AS akan terus mengenakan sekatan bagi menghadapi ancaman daripada Rusia.

胡星