Kemboja Peroleh Manfaat daripada Inisiatif B&R

2018-06-12 12:09:41  CRI
Share with:

Perdana Menteri Komboja, Hun Sen menyatakan, pembangunan China membawa limpahan manfaat kepada pelbagai negara, termasuk Kemboja. Kemboja mendapat banyak faedah daripada kerjasama dalam rangka Inisiatif Jalur & Laluan (B&R).

    
Hun Sen berkata demikian ketika menghadiri upacara perasmian projek penaiktarafan jalan raya kebangsaan nombor 6 di bandar Kompong Thom, Kemboja semalam.

Projek itu mendapat dana pinjaman daripada kerajaan China dan dijalankan oleh Shanghai Construction Group (SCG). 

Hun Sen berkata, jalan raya nombor 6 yang menghubungkan Phnom Penh dengan Siem Reap, amat penting bagi menggalakkan pembangunan industri pelancongan dan perdagangan di negara itu. China membantu Kemboja membina infrastruktur pengangkutan yang bermutu dan memainkan peranan membina dalam menggalakkan pembangunan sosioekonomi di negara itu.
    
Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo menyatakan, China bersedia terus memperkasakan kerjasama dengan Kemboja di bawah rangka Inisiatif B&R dan memberi lebih manfaat kepada rakyat negara itu serta menggalakkan hubungan rakan strategik komprehensif kedua-dua negara ke tahap baharu.

Menteri Projek Awam dan Pengangkutan Kemboja, dan wakil syarikat China turut menghadiri upacara tersebut.

胡星