"Semangat Shanghai" Dipuji Masyarakat Antarabangsa

2018-06-13 14:07:45  CRI
Share with:

Dalam sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai(SCO) di Qingdao yang baru berakhir Ahad lalu, Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan penting, merumuskan perkembangan SCO, hubungan SCO dengan negara dan pertubuhan lain, dan menyatakan pendirian SCO tentang pentadbiran global. Ucapan beliau telah mendapat persetujuan dan pujian daripada masyarakat antarabangsa.

Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Amina J. Mohammed berkata, interaksi dan kerjasama antara SCO dengan PBB berjalan lancar dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, dan ini bermanfaat bagi mendorong pembangunan ekonomi, keselamatan, keamanan dan kerjasama serantau.

Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter Cayetano berkata, melayan jiran sama baik seperti melayan ahli keluarga, pasti akan mendatangkan manfaat kepada negara-negara berkaitan malah kawasan sekeliling.

Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam sidang media selepas sidang kemuncak SCO itu berkata, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengesahkan bahawa agregat ekonomi negara-negara SCO sudah melebihi Kumpulan 7 (G7) kalau dikira dari sudut kuasa beli. Pertumbuhan ekonomi negara-negara SCO juga banyak melebihi taraf purata dunia. Prospek SCO amat cerah.

Ketua Setiausaha SCO, Rashid Alimov berkata, sidang kemuncak kali ini diadakan dengan jayanya dan hasilnya amat memberangsangkan. Ia telah membuka lembaran baharu bagi perkembangan SCO yang berprospek cerah.

梁靓