PM Li: Cepatkan Penaiktarafan Ekonomi

2018-06-13 13:52:06  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1122975842_15288092076331n

China perlu mempercepat penaiktarafan ekonomi dan meletakkan transformasi perindustrian pada tahap yang rasional dan teratur.

Demikian ditegaskan Perdana Menteri, Li Keqiang ketika meninjau ke Provinsi Hunan pada 11 dan 12 Jun lalu.

Beliau telah membuat tinjauan di kawasan luar bandar, syarikat dan kawasan perindustrian di Hengyang dan Changsha.

图片默认标题_fororder_1122975842_15288092076841n

Ketika mengadakan tinjauan ke Taman Industri Baishazhou, Li menyatakan bahawa pemindahan perindustrian dari kawasan timur ke tengah dan barat negara ini selaras dengan hukum ekonomi dan bermanfaat bagi pembangunan seimbang antara pelbagai kawasan.

Ketika meninjau ke syarikat Bosch Jerman di Changsha, beliau telah bertanya tentang penaiktarafan talian pengeluaran syarikat itu dan berharap syarikat itu terus menambah pelaburan di China. Beliau menegaskan, China akan meningkatkan tahap keterbukaan pasaran, dan mengalu-alukan kedatangan pelabur asing.  

覃淼