Forum Gabenor Koridor Ekonomi GMS 2018 Dirasmikan

2018-06-13 13:49:58  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_论坛

Majlis pembukaan Forum Gabenor Koridor Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong (GMS) 2018 diadakan di Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China pada 12 Jun lalu. Wakil dari China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta Bank Pembangunan Asia (ADB) menyertai forum kali ini.

Tema forum selama empat hari ini ialah "merapatkan perkongsian untuk jangka masa panjang melalui projek kerjasama". 

Gabenor provinsi Yunnan, Ruan Chengfa mengemukakan tiga cadangan untuk meningkatkan kerjasama dalam tenaga, pertanian dan pelancongan. Antaranya termasuk menjalankan kerjasama projek janakuasa elektrik untuk mendorong kerjasama tenaga bersih; menggalakkan pembangunan taraf tinggi pertanian moden; dan memperkasakan kerjasama perkhidmatan pelancongan,  dan meningkatkan taraf kerjasama pelancongan rentas sempadan.

Forum Gabenor Koridor Ekonomi GMS telah mencapai persepakatan dan hasil yang amat memberangsangkan sejak ditubuhkan 10 tahun yang lalu. Ia turut memberikan limpahan manfaat kepada ekonomi serantau dan rakyat negara-negara terlibat.    
    

梁靓