Persiapan Ekspo China-Asia Selatan Selesai

2018-06-13 13:53:19  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_438e8cbf-6608-4515-84b3-4b5ee36c0f22

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_6012_53273618-1bfd-43a9-aee2-3cfa32f23817

Ekspo China-Asia Selatan ke-5 yang juga Pameran Komoditi Import dan Eksport Kunming China ke-25 akan dirasmikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Dianchi, Kunming, provinsi Yunnan China esok. Ketua Jawatankuasa Penganjuran ekspo kali ini, Gao Shuxun semalam berkata persiapan ekspo ini telah diselesaikan.

Gao berkata, aktiviti anjuran bersama Kementerian Perdagangan China dan kerajaan provinsi Yunnan kali ini, mempunyai 19 kawasan pameran. Balai pameran khas telah didirikan untuk bioperubatan, pertanian dataran tinggi, pelancongan dan kebudayaan. 

Sejumlah 3,825 perusahaan tempatan dan asing telah berdaftar untuk menyertai ekspo ini. Antaranya termasuk 526 perusahaan Asia Selatan dan 513 perusahaan Asia Tenggara.

Sempena eskpo kali ini, Forum Kerjasama China-Asia Selatan, Rundingan Tenaga Profesional Antarabangsa Yunnan ke-3, Forum Kerjasama Pelancongan Rentas Sempadan China-Asia Selatan ke-5 dan pelbagai aktiviti lain akan turut diadakan. 

梁靓