E-Dagang China Bantu Ekonomi Thailand Masuk Era 4.0

2018-06-14 14:22:08  CRI
Share with:

Berdasarkan keputusan satu tinjauan pendapat umum di Bangkok baru-baru ini, lebih 50% responden tahu kumpulan Alibaba China dan presidennya, Jack Ma. Mereka berpendapat, platform e-dagang yang ditawarkan oleh Alibaba akan membawa peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Thailand dan membaiki rangkaian dan sistem logistik tempatan. Mereka berharap buah-buahan tempatan seperti durian dapat dijual di pasaran seluruh dunia melalui platform tersebut.

Thailand memperkenalkan "strategi 4.0" untuk mewujudkan ekonomi yang bernilai tambah tinggi yang dijanakan inovasi dan perkhidmatan. Antara tiga rancangan utama ialah, menyempurnakan pembinaan infrastruktur, membina koridor ekonomi timur, dan membawa negara itu masuk era digital. Pembangunan e-dagang amat diutamakan oleh kerajaan.

胡星