Ekonomi China Stabil Pada Bulan Mei

2018-06-14 14:23:08  CRI
Share with:

Jurucakap Jabatan Statistik Negara China, Mao Shengyong menyatakan di Beijing hari ini, ekonomi China mengekalkan momentum pertumbuhan mampan pada bulan Mei lalu. Permintaan pengeluaran stabil, kenaikan harga barangan perlahan, struktur pembekalan dan permintaan terus dibaiki.

Menurut statistik jabatan itu, nilai tambah industri berskala besar pada Mei lalu meningkat 6.8% berbanding tempoh sama pada tahun lalu, kadar peningkatan ini menurun 0.2% berbanding April lalu. Kadar pengangguran di bandar dan pekan mencatat 4.8%, menurun 0.1% berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

胡星