Rundingan Damai Syria Berhasil

2018-06-15 14:49:20  CRI
Share with:

Utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas isu Syria, Staffan De Mistura berkata di Geneva semalam, rundingan damai tentang isu Syria telah mencapai hasil. Amerika Syarikat (AS) akan menghantar pegawai kanan untuk menyertai perbincangan tentang penubuhan suruhanjaya perlembagaan Syria pada 25 Jun nanti. 

Selain itu, pegawai Iran, Rusia dan Turki juga akan melawat pejabat PBB di Geneva pada 18 hingga 19 Jun ini untuk membincangkan isu-isu berkaitan penubuhan suruhanjaya tersebut.

Menurut De Mistura, banyak perkara perlu dijalankan untuk mendorong proses politik di Syria. Pembinaan suruhanjaya perlembagaan dianggap perkara yang diutamakan pada masa ini.
 

徐国玮