China Bertekad Lindungi Kepentingan Negara

2018-06-16 13:55:30  CRI
Share with:

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) tidak menghiraukan persetujuan yang dicapai antara China dengan negara itu, menaikkan 25% tarif terhadap produk dari China yang bernilai USD50 bilion. Tindakan ini mencabul dan menjejaskan kepentingan China. Sebagai tindak balas, China juga menaikkan tarif import sebanyak 25% terhadap produk dari AS yang bernilai USD50 bilion. Tindakan ini menunjukkan China bertekad melindungi kepentingan sendiri dan memelihara globalisasi ekonomi dan sistem perdagangan multilateral.

China tidak mahu terlibat de­ngan perang perdagangan tetapi negara ini tidak gentar untuk berdepan dengannya. China penuh berkemampuan dan berpengalaman untuk mencapai kemenangan dalam perang perdagangan ini.

AS mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa sekiranya China mengambil tindakan balas, pihaknya akan terus menaikkan tarif itu. Pendirian China dalam menangani masalah ini tidak berubah, iaitu China akan mengambil tindakan balas pada “skop dan taraf yang sama", dan bertekad melindungi kepentingan negara dan rakyat sendiri serta memelihara globalisasi ekonomi dan sistem perdagangan multilateral. Walau apa tindakan AS seterusnya, komitmen dan pendirian China ini tidak akan berubah.

China sudah bersiap siaga dalam menghadapi cabaran ini dan penuh yakin akan mencapai kemenangan.

覃淼