Perbezaan Ekonomi Dipolitikkan Punca Geseran Perdagangan

2018-06-18 12:46:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_3a65374fa75d

Kecenderungan Amerika Syarikat (AS) mempolitikkan perbezaan ekonomi, dengan menumpukan kepentingan diri sendiri bukannya keuntungan bersama adalah punca pergeseran perdagangan AS-China yang semakin meruncing.

Demikian ujar Dekan Sekolah Wharton, Universiti Pennsylvania, Geoffrey Garrett dalam Forum Global Wharton ke-52 di New York baru-baru ini, susulan Washington mengumumkan senarai produk China yang dikenakan tarif tambahan pada 15 Jun lalu.

Menurut beliau, AS dan China selaku entiti ekonomi terbesar dan kedua terbesar di dunia, memang mempunyai banyak perbezaan. Bagaimanapun, dari sudut perniagaan dan ekonomi, hal ini bermakna kedua-dua pihak dapat saling melengkapi dan memanfaatkan kelebihan masing-masing untuk menjadikan perbezaan sebagai asas kerjasama saling menguntungkan.

Katanya, China telah merangka pelan pembangunan ekonomi sendiri. Penggubal dasar AS harus mencari bahagian yang sesuai dengan kepentingan AS dalam proses pembangunan China bagi mewujudkan pembangunan bersama, bukanlah menyekat pelaburan dan perdagangan.

Pengarah Institut Pengurusan dan Pengajian Antarabangsa Joseph H. Lauder Sekolah Wharton, Mauro Guillen pula menyatakan bahawa status AS sebagai pasaran pengguna terbesar akan digantikan oleh China dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun mendatang. Pada ketika itu, pelbagai negara tidak lagi tertakluk pada dasar perlindungan perdagangan AS.

 

张弘