34 Terbunuh dalam Serangan di Nigeria

2018-06-18 14:49:49  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 34 terbunuh, manakala 18 lagi cedera dalam  letupan berani mati dan serangan bom tangan yang berlaku di negeri Borno, utara Nigeria pada malam kelmarin.

Menurut pegawai tempatan, mangsa terbabit mengalami dua kali serangan dalam perjalanan balik rumah selepas menonton siaran langsung pertandingan Piala Dunia 2018 antara pasukan Nigeria dan Croatia.

Serangan pertama dilancarkan oleh dua penyerang berani mati lelaki, menyebabkan 10 orang terbunuh dan 5 lagi cedera.

Serangan kedua pula dilancarkan dengan bom tangan apabila usaha menyelamat sedang dijalankan. Serangan itu menyebabkan 24 terbunuh dan 13 lagi cedera.

Menurut ketua militia tempatan, serangan tersebut kemungkinan didalangi kumpulan pelampau Boko Haram.

张哲