Penubuhan Persekutuan Pesta Filem B&R Signifikan

2018-06-22 15:21:48  CRI
Share with:

Penubuhan Persekutuan Pesta Filem "Jalur dan Laluan" (B&R) akan menyediakan peluang kepada interaksi dan kerjasama perfileman antara pelbagai negara.

Demikian pandangan tokoh-tokoh perfileman dari Asia Tenggara yang menghadiri Pesta Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) ke-21.

Pengerusi Pesta Filem Antarabangsa Kota Quezon Filipina, Ed Lejano berpendapat bahawa penubuhan Persekutuan Pesta Filem B&R itu mempunyai makna yang signifikan. Melalui interaksi kebudayaan, hubungan antara pelbagai negara termasuk China dan Filipina akan bertambah rapat. 

Filem "Crossroads: One Two Jaga" dari Malaysia antara karya filem asing yang telah ditayangkan dalam Minggu Filem B&R sempena SIFF kali ini.

Pengerusi Festival Filem Antarabangsa Malaysia, Joanne Goh berkata pihaknya membawa masuk karya filem dari pelbagai negara ke Malaysia setiap tahun, di samping memperkenalkan karya filem Malaysia kepada dunia. 

Beliau berharap  kerjasama dengan SIFF dapat diintensifkan bagi membawa lebih banyak karya filem Malaysia ke China.

张哲