WMO Puji Sumbangan China Terhadap Kerjasama Meteorologi Serantau

2018-06-24 15:18:39  CRI
Share with:
Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) memuji sumbangan China terhadap kerjasama meteorologi serantau di bawah rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), dengan menyatakan pihaknya  menanti-nantikan kerjasama lebih mendalam dengan China.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Setiausaha WMO, Petteri Taalas dalam mesyuarat kerjasama meteorologi B&R anjuran bersama Jabatan Pentadbiran Meteorologi China (CMA) dan WMO di Geneva, Switzerland kelmarin, bersempena Persidangan ke-70 Majlis Eksekutif MWO.

Kedua-dua pihak telah memaklumkan pencapaian dalam tempoh setahun lalu sejak surat hasrat CMA dan WMO mengenai usaha menggalakkan kerjasama meteorologi serantau dan bersama-sama membangunkan B&R dimeterai.

Petteri Taalas menyatakan China mendahului negara lain dalam perkhidmatan meteorologi awam dan teknologi yang berkaitan sepanjang lebih 20 tahun lalu. Banyak pengalaman dan teknologi China patut dipelajari oleh WMO dan negara-negara anggota lain. 

Misalnya, China banyak berpengalaman dalam bidang amaran awal bencana meteorologi. Siri satelit "Fengyun" telah menyediakan perkhidmatan data yang berkualiti kepada banyak negara membangun. China juga membantu negara-negara membangun lain melatih sejumlah besar tenaga profesional dalam bidang meteorologi. 

Selain itu, pengalaman China dalam menawarkan perkhidmatan meteorologi di bandar dan pekan juga patut ditimba oleh negara-negara lain.
张弘