EU Kemuka Usul Lindungi Perjanjian Nuklear

2018-06-24 15:15:57  CRI
Share with:

Britain, Perancis dan Jerman serta Kesatuan Eropah (EU) berjanji mengemukakan pakej penyelesaian praktikal bagi melindungi kepentingan Iran dalam perjanjian nuklear sebelum akhir bulan Jun, lapor agensi berita IRNA.

Timbalan Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi semalam di Teheran berkata Iran menanti-nantikan pakej penyelesaian tersebut dapat memainkan peranan positif.

Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan penarikan diri daripada perjanjian nuklear Iran dan pemulihan sekatan terhadap negara itu pada 8 Mei lalu telah mengejutkan masyarakat antarabangsa.

Iran menyatakan akan kekal dalam perjanjian tersebut buat sementara waktu dan berunding dengan pelbagai pihak berkenaan. Namun, jikalau kepentingan tidak terjamin, Iran juga akan menarik diri daripada perjanjian itu.

张弘