Pakar, Sarjana Hargai Ucapan Presiden Xi

2018-06-25 13:57:38  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menegaskan perlunya usaha meneroka situasi diplomasi dengan berpandukan sosialisme bercirikan China pada era baharu, sambil menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan membina jaringan perkongsian sejagat yang lebih lengkap. 

Xi Jinping yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat berkata demikian pada Mesyuarat Kerja Hal Ehwal Luar di Beijing pada 22 hingga 23 Jun. 

Menyentuh ucapan Presiden Xi tersebut, Pengerusi Tabung Nanyang ASEAN Indonesia, Bambang Suryono berkata, China dengan aktif menggalakkan perkembangan globalisasi ekonomi, usaha ini telah mendapat pengesahan dan sokongan kebanyakan negara di dunia. 

Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang menekankan persefahaman antara negara berfaedah bagi menambah kesalingpercayaan serta mengurangkan konflik. Visi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan akan menggalakkan pembaharuan sistem tadbir urus sejagat, sekali gus membantu menjaga hak dan kepentingan negara-negara membangun.

Pakar isu China dari Universiti Ateneo de Manila, Lucio Pitlo berkata, dasar luar China mementingkan pembangunan dan kerjasama, menghormati sistem ekonomi dan politik negara lain, serta mengutamakan pembaharuan sistem tadbir urus sejagat. Ini akan membolehkan negara-negara baru muncul menikmati lebih banyak hak bersuara dalam sistem tadbir urus sejagat. 

曹捷