Delegasi Kedutaan Dekati Budaya Lingnan

2018-06-25 13:24:57  CRI
Share with:

Satu aktiviti sempena sambutan ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka telah diadakan di Dongguan, Guangdong pada 23 Jun lalu.

Sebagai agenda aktiviti itu, delegasi kedutaan dan konsulat asing di Guangzhou seramai 198 pegawai dan keluarga mereka dibawa mengunjungi Dongguan untuk mendekati budaya Lingnan (Guangdong, Guangxi dan Hainan) serta hasil cemerlang China sepanjang 40 tahun lalu.

Antara yang menyertai aktiviti lawatan itu termasuk dari Kemboja, Korea Selatan, Iran, Pakistan dan Sudan.

周乔西