Singapura, Pasaran Terkena Tempias Perang Dagang

2018-06-25 13:57:30  CRI
Share with:

Pasaran baru muncul di Asia yang menjalin hubungan ekonomi erat dengan China akan mengalami kesan negatif ekoran meruncingnya pergeseran perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China.

Singapura, selaku pembekal produk China, mungkin menjadi salah satu daripada sepuluh pasaran yang terkena tempias.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura memetik laporan firma pengurusan pelaburan global, Schroders yang merumuskan bahawa Singapura di ranking ketiga antara sepuluh pasaran terpengaruh, selepas Taiwan dan Malaysia.

Nilai tambahan produk Singapura yang dieksport ke AS melalui rantai pembekalan China mewakili hampir 1% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

高蕾