Pameran SMETC APEC ke-10 Dirasmikan

2018-06-27 11:23:28  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_ape

图片默认标题_fororder_apec2

Persidangan dan Pameran  Teknologi Perusahaan Kecil dan Sederhana APEC  (SMETC APEC) ke-10 dirasmikan di bandar Shenyang, provinsi Liaoning China hari ini.


Pameran selama tiga hari itu disertai 1,649 syarikat, dengan 2,000 gerai ditawarkan. Jumlah keluasan ruang pameran yang disediakan mencatat 50,000 meter persegi, mencipta rekod baharu.

Dalam pada itu, 23 yang tersenarai antara 500 syarikat terbesar dunia selain sembilan syarikat "unikorn". 

Sebanyak 241 jenis teknologi yang tercanggih dan terbaru akan dipertontonkan.

SMETC merupakan pameran antarabangsa berskala paling besar yang dianjurkan AEPC di China. 

Selain menghimpunkan syarikat, tokoh profesional dan produk dari 21 anggota APEC, pameran tersebut turut menjadi tumpuan banyak negara dan wilayah bukan anggota APEC.

Pameran yang bertemakan "Inovasi Jana Pembangunan, Kerjasama Cipta Masa Depan" itu menumpukan projek-projek rintis peringkat negara termasuk zon rintis inovasi dan pembaharuan komprehensif Shenyang, kawasan percubaan perdagangan bebas, taman industri pembuatan kelengkapan bertaraf tinggi China-Jerman dan zon rintis bersepadu data besar.

Acara tersebut telah memaparkan pencapaian provinsi Liaoning dalam pembangunan pangkalan industri lama, serta persekitaran perniagaan Shenyang dan pembinaan imej Shenyang sebagai bandar pusat Asia Timur Laut.
张弘