Forum Pembangunan Sosial, Pembasmian Kemiskinan China-ASEAN

2018-06-28 12:04:10  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_edec9361-52e8-4bf0-8a24-bca6ed069e02.JPG

Forum Pembangunan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan China-ASEAN ke-12 diadakan di Manila, Filipina semalam dengan tema "mengintensifkan perkongsian membasmi kemiskinan, membina komuniti berkongsi nasib".

Penolong Setiausaha Luar Filipina, Ernesto Abella yang mewakili Presiden Rodrigo Duterte menyatakan bahawa pembasmian kemiskinan tugas paling mustahak bagi kerajaan Filipina. China, rakan kongsi strategik ASEAN, telah sekian lama menjadi penyangga kepada usaha membina komuniti ASEAN dan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan negara-negara anggota.

Naib Ketua Pejabat Pembasmian Kemiskinan Dewan Negara China, Chen Zhigang pula menyatakan bahawa dalam tempoh 40 tahun sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China, lebih 800 juta rakyat berjaya membebaskan diri daripada kemiskinan, sekali gus membuat sumbangan mencecah 70% kepada usaha serupa di peringkat dunia.

Pembasmian kemiskinan merupakan sasaran bersama dalam pembangunan umat manusia. China akan bersama-sama negara-negara ASEAN berusaha dengan sealiran, meneruskan pertukaran, saling mempelajari dan menjalin kerjasama pragmatik.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_7a134878-60fe-4aa3-8d38-3552684ab320.JPG

曹捷