Tindakan AS Jejas Order Ekonomi Dunia

2018-07-12 11:10:42  CRI
Share with:
Rancangan AS menambah tarif terhadap produk China bernilai USD200 bilion (RM808 bilion) akan menjejaskan proses globalisasi ekonomi dan order ekonomi dunia. 

Demikian dinyatakan oleh penolong Menteri Perdagangan China, Li Chenggang pada Forum Pelaburan Bandar-bandar Pintu Masuk China-Chicago di Beijing semalam.

Beliau berkata walaupun perdagangan antara China dengan AS meningkat sejak awal tahun ini, namun kesan negatif pergeseran perdagangan sudah dapat dilihat. Pada setengah pertama tahun ini, kadar peningkatan eksport China ke AS susut sebanyak 13.9% berbanding tempoh sama tahun lepas. 

Katanya, tiada pihak yang menjadi pemenang dalam perang perdagangan. Kerjasama adalah  satu-satunya pilihan yang betul. 
张哲