Lelaki Dipercayai Mangsa Terakhir Feri Karam

2018-07-12 11:06:55  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_timg



Pasukan mencari dan menyelamat (S&R) menemui mayat seorang lelaki petang semalam, dipercayai mangsa insiden feri karam di Phuket.

Sebelum itu, Gabenor Phuket, Norraphat Plodthong dalam satu taklimat memaklumkan 42 daripada 89 penumpang feri "Phoenix" selamat, 47 terkorban termasuk 43 warga China. Mayat seorang penumpang masih terperangkap di bawah bangkai feri.

Beliau menegaskan, pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan bot dan memasang peralatan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) di pelabuhan bagi mengelakkan tragedi serupa berulang.

Konsul Jeneral China ke Songkhla semalam mengingatkan pelancong China menjaga keselamatan diri dan mengendahkan amaran cuaca dan keadaan laut sebelum bercuti ke pulau-pulau di Laut Andaman.

Aktiviti renang dan selam mesti dielakkan dalam musim tengkujuh antara Mei hingga awal Oktober.

张弘