Pertambahan Import China Bantu Pasaran Dunia

2018-07-18 11:52:07  CRI
Share with:

Kementerian Perdagangan China semalam memaklumkan bahawa jumlah perdagangan China dengan negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) serta anggota BRICS merekodkan pertumbuhan pesat pada setengah pertama tahun ini.

Jabatan Perdagangan Luar kementerian itu menyatakan, pertambahan import China dalam tempoh tersebut menyumbang 13.2% kepada pertumbuhan import dunia.

Data terkini Kastam China menunjukkan perdagangan luar meningkat 7.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencatat RMB14.12 trilion (RM8.5 trilion). Antaranya, eksport naik 4.9% dan import 11.5%, sementara lebihan dagangan susut 26.7%.

Naib Ketua Jabatan Perdagangan Luar, Song Xianmao merumuskan bahawa perdagangan luar China telah membantu pemulihan global, terutamanya apabila melihat kepada data ekonomi suku tahun pertama.

Dari perspektif pasaran antarabangsa, Song memaklumkan eksport China terhadap pasaran tradisional termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) masing-masing meningkat 5.7% dan 4.0%.

Pada masa yang sama, import dan eksport terhadap Vietnam meningkat 19.8%, Indonesia 18.8%, Rusia 16.0% dan Brazil 15.4%. 

曹捷