Pasaran AI China Dijangka Naik 75%

2018-07-18 13:15:48  CRI
Share with:

Pasaran produk kecerdasan buatan (AI) China meningkat 67% pada tahun lalu dengan mencatat RMB23.7 bilion (RM14.3 bilion), dan dijangka merekodkan pertumbuhan 75% tahun ini.

Unjuran tersebut diterbitkan dalam Laporan Pembangunan Kecerdasan Buatan (AI) China hasil perumusan bersama oleh beberapa institusi termasuk Pusat Pengajian Dasar Sains dan Teknologi China Universiti Tsinghua.

Menurut laporan itu, terdapat 1,011 syarikat AI di China setakat Jun lalu, didahului AS yang mempunyai 2,028 syarikat berkenaan.

Kebanyakan syarikat AI China dikendalikan di Beijing, Shanghai dan Guangdong. Antaranya, di Beijing terdapat 395 buah. Syarikat AI China terutamanya menumpukan tiga teknologi iaitu suara, visual dan pemprosesan bahasa. 

曹捷