Xi Jinping Berucap dalam Forum Perniagaan BRICS

2018-07-26 11:38:19  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123177182_15325409292431n

Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan penting dalam Forum Perniagaan BRICS di Johannesburg, Afrika Selatan semalam.

Xi dalam ucapannya yang bertajuk "mengikut arus sezaman demi pembangunan bersama" menegaskan bahawa negara BRICS perlu berpegang pada prinsip kerjasama menang-menang, inovasi, inklusif dan multilateral, yang akan membantu pembentukan hubungan antarabangsa model baharu dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Antara saranan beliau, mengekalkan kerjasama saling menguntungkan dan membangunkan ekonomi yang terbuka; menggalakkan inovasi dan memegang peluang daripada pembangunan; memastikan kerjasama bersifat inklusif dapat memberikan manfaat sebenar kepada rakyat; serta mempertahankan multilateralisme dan menambah baik tadbir urus global.

Kata Xi, tahun ini ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China.

China akan terus mempergiat kerjasama di bawah rangka kerjasama Selatan-Selatan dan mencipta lebih banyak peluang untuk pembangunan bersama pasaran baru muncul dan negara membangun.

Beliau menegaskan, tahap keterbukaan akan terus dipertingkat, dan usaha dilakukan untuk menyediakan iklim pelaburan yang baik, memperhebat perlindungan harta intelek, di samping merancakkan pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R).

Ini akan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi pelbagai negara, serta membantu merealisasikan sasaran Agenda Pembangunan Mampan 2030. 

覃淼