Xi Jinping Temu Narendra Modi

2018-07-27 15:29:56  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di Johannesburg, Afrika Selatan semalam.

Pertemuan antara dua pemimpin itu adalah yang ketiga dalam masa tiga bulan.

Xi berkata, hasil pertemuan di Wuhan, China dahulu telah membuka lembaran baharu hubungan antara China dengan India.

Dari segi sejarah, China dan India dua tamadun purba yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan umat manusia. Sekarang, selaku dua pasaran baru muncul terbesar, China dan India harus bersama-sama meneroka mod kerjasama baharu, mempertahankan multilateralisme, di samping memelihara dan menggalakkan tatatertib antarabangsa ke arah lebih adil dan munasabah.

Modi pula menyatakan, pertemuan yang begitu kerap mencerminkan hubungan yang erat.

Pertemuannya dengan presiden Xi di Wuhan meningkatkan rasa saling percaya antara satu sama lain dan menyuntik kedinamikan kepada perkembangan hubungan dua hala.

Beliau bersedia mengekalkan dialog dan komunikasi dengan China, memperkasakan kerjasama dalam rangka multilateral, bersama-sama menangani cabaran ekoran amalan perlindungan perdagangan dan naik turun pasaran antarabangsa, serta merapatkan lagi hubungan rakan strategik.

图片默认标题_fororder_1123182981_15326448761501n

 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
胡星