Pasaran China, Peluang yang Tak Patut Terlepas

2018-07-28 16:56:36  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China Pertama akan membuka tirainya di Shanghai 100 hari lagi. Setakat ini, lebih 2,800 buah syarikat dari lebih 130 buah negara dan wilayah telah berdaftar untuk menyertai ekspo ini. Selain itu, lebih 30 syarikat asing telah berdaftar untuk menyertai ekspo kedua pada tahun depan.

Ekspo import anjuran kerajaan China itu menarik penglibatan begitu banyak syarikat sudah pasti tidak di luar jangkaan. Ini kerana setiap syarikat ingin mencari peluang dan keuntungan baharu dengan mengatasi halangan buatan. China mempunyai pasaran penggunaan dan pelaburan 1.4 bilion orang, dan kerajaan mempertahankan liberalisasi perdagangan dan pemudahan pelaburan. Sukarlah bagi pengilang antarabangsa untuk mencari pasaran dan peluang yang lebih baik berbanding China.

China kini mempunyai golongan berpendapatan sederhana kira-kira 400 juta orang. Banyak hasil pertanian yang bermutu dari pasaran asing seperti daging lembu dari Australia, buah cherry dari Chile dan susu dari Jerman, laris dijual di pasaran China. China telah menjadi negara pengimport hasil pertanian yang paling besar di dunia. Jumlah import hasil pertanian oleh China menduduki 10% dalam jumlah total dunia.

Di samping itu, China juga pasaran penggunaan automobil yang terbesar di dunia. Financial Times Britain mengulas bahawa kebanyakan syarikat automobil transnasional memperoleh sekurang-kurangnya seperempat malah lebih separuh keuntungan mereka dari pasaran China. Bermula 1 Julai lalu, China menurunkan tarif import automobil, ini bukan sahaja selaras dengan permintaan pengguna, malah memberikan lebih banyak keuntungan kepada syarikat asing dalam industri ini.

Selain daya beli yang kuat, China juga mempunyai ekonomi yang mantap, rantaian industri yang baik, persekitaran perniagaan yang kondusif dan strategi pembangunan pacuan inovasi. Ini menjadi daya tarikan China kepada pelabur asing.

Tahun ini ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Presiden China, Xi Jinping ketika berucap pada Forum Perniagaan BRICS di Afrika Selatan baru-baru ini menegaskan bahawa China akan terus membuka pintu, membina suasana pelaburan yang lebih menarik, meningkatkan perlindungan harta intelek, memperkasakan import dan memperhebat pembinaan Jalur dan Laluan (B&R) supaya meneroka ruang baharu bagi pembangunan sosioekonomi pelbagai negara dan mewujudkan sasaran Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Ekspo Import Antarabangsa China Pertama akan menjadi wadah bagi syarikat asing menembusi pasaran China, manakala China pula pasaran kekayaan yang tidak patut terlepas oleh pelabur asing.
 

王瑾