2,800 Sertai CIIE Shanghai

2018-07-30 16:08:04  CRI
Share with:

Lebih 2,800 syarikat dari lebih 130 negara dan wilayah bakal menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama yang dijadualkan berlangsung di Shanghai November depan.

Anggaran 200 daripadanya adalah antara 500 syarikat paling besar di dunia, dengan lebih 100 produk baharu dan teknologi terkini dipamerkan.

Ruang pameran untuk perniagaan serta khusus untuk perdagangan dan pelaburan antara negara akan disediakan, masing-masing seluas 270 ribu meter persegi dan 30 ribu meter persegi.

 

张哲