B&R Bawa Makna Penting

2018-08-01 12:45:31  CRI
Share with:
Dengan latar belakang perang perdagangan dicetuskan AS, masyarakat antarabangsa harus lebih menyedari pentingnya inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) serta kerjasama antarabangsa.

Demikian pandangan yang disampaikan pengulas politik Myanmar, U Ye Htun dalam wawancara bersama Radio Antarabangsa China (CRI).

Beliau berkata inisiatif B&R yang disarankan Presiden Xi Jinping lima tahun lalu, mempraktikkan konsep globalisasi dan perkampungan global.

B&R menyasarkan pembangunan ekonomi bersama semua negara dan wilayah yang terlibat melalui kesalinghubungan, serta memacu globalisasi ekonomi.

Beliau berpendapat bahawa berdepan kebangkitan amalan perlindungan perdagangan, hanya dengan kerjasama rapat, barulah ekonomi dapat berkembang maju.

Katanya, B&R mampu mempercepat pembangunan infrastruktur, selain merancakkan kerjasama ekonomi dan pertukaran sosiobudaya sesama negara.

Melalui B&R, landasan kereta api, lebuh raya dan talian elektrik Myanmar semakin maju, lebih banyak produk keluaran Myanmar akan masuk ke pasaran antarabangsa, dan lebih banyak peluang kerja dicipta. 
张弘