Pelancong China ke Malaysia 3 Juta Tahun Ini

2018-08-07 16:27:13  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_webwxgetmsgimg

Lebih sejuta warga China melancong ke Malaysia pada empat bulan pertama tahun ini, dan jumlah itu dijangka memecahkan angka 3 juta sepanjang tahun, sekali gus menjana pendapatan RM12 bilion.

Demikian dinyatakan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian pada hari terbuka kedutaan di Kuala Lumpur semalam.

Dimaklumkan, China telah menjadi sumber pelancong asing terbesar bagi Malaysia, dengan jumlah pengunjung mencatat 2.7 juta pada tahun lalu, meningkat 7% berbanding tahun sebelumnya. 

2020 ditetapkan sebagai "Tahun Pelancongan Malaysia". 

Pusat penyelaras telah dibuka di dua lapangan terbang di Kuala Lumpur bagi membantu pelancong China melalui kerjasama kedutaan China dengan pihak berkuasa tempatan. 

高蕾