Rundingan CoC Nampak Kemajuan

2018-08-08 16:00:31  CRI
Share with:

Draf teks tunggal untuk rundingan mengenai Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan yang dicapai ASEAN dengan China, satu kemajuan besar.

Menteri Luar Filipina, Alan Peter Cayetano di Manila semalam berkata kemajuan itu membantu menjaga ikatan baik sesama jiran, serta mengelakkan isu sensitif menjejaskan hubungan.

Menyentuh mesyuarat menteri luar ASEAN di Singapura minggu lepas, beliau menyatakan harapan agar satu mekanisme berbentuk CoC diwujudkan supaya Laut China Selatan dibangunkan menjadi perairan yang damai dan stabil.  

曹捷