Komuniti Berkongsi Nasib Jadi Tumpuan

2018-08-08 15:59:51  CRI
Share with:

Pertemuan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) China-ASEAN ke-2 telah diadakan di Chengdu, Sichuan semalam, dengan memfokuskan wawasan komuniti berkongsi nasib.

Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC), Datuk Abdul Majid Ahmad Khan berkata inisiatif untuk mewujudkan wawasan itu akan melonjakkan interaksi di kalangan rakyat antara China dengan negara-negara ASEAN.

Majid berharap NGO dapat terus melengkapkan mekanisme kerjasama budaya dan sosioekonomi, selain menggerakkan pertukaran sesama belia.

Para peserta akan melawat pelabuhan kereta api antarabangsa Chengdu dan dewan pameran perancangan bandar Chengdu.

Acara tersebut atas tajaan Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara-negara Asing (CPAFFC) dan kerajaan provinsi Sichuan.


 
 

周乔西